top of page

KELEBIHAN KAB GOLD

1) Patuh Syariah

KAB Gold adalah sebuah syarikat yang disahkan patuh syariah seawal penubuhan lagi. Setiap jual beli emas sama ada fizikal atau melalui akaun Uncang Emas adalah patuh syariah. Ia disahkan patuh syariah oleh Dr. Ahmad Sufaan Che Abdullah, Penasihat Syariah KAB Gold.

​

2) Belian Emas yang Rendah

Belian emas di KAB Gold bermula serendah 0.25 gram atau sekitar RM70 sahaja buat masa sekarang.

​

3) Transaksi Online 24 Jam

Pembelian emas yang sangat mudah kerana kita boleh beli emas bila-bila masa dan di mana sahaja.

​

4) Simpan Emas Percuma

Simpanan emas dalam akaun Uncang Emas adalah percuma. Jadi, para pelanggan tidak perlu bimbang untuk simpan emas sendiri kerana takut hilang atau dicuri.

​

5) Tiada Had

Simpanan emas dalam akaun Uncang Emas adalah tanpa had masa dan berat gram emas. Emas yang disimpan dalam akaun Uncang Emas juga boleh dikeluarkan semuanya tanpa perlu meninggalkan baki minima.

​

6) Tiada Syarat

Daftar akaun KAB Gold adalah percuma dan tiada sebarang syarat. Tidak wajib perlu buat pembelian terus selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan.

​

7) Mesra Ar-Rahnu

Kad emas KAB Gold sangat mesra Ar-Rahnu. Pembungkusan dilakukan dengan kaedah boleh buka dan tutup kembali tanpa memberikan sebarang kesan kepada plastik pembungkus. Emas yang diletakkan pada kad pula boleh dicabut dan dimasukkan kembali. Ia bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada pihak Ar-Rahnu untuk menguji ketulenan dan berat emas KAB Gold tanpa merosakkan kad.

​

8) Di Sokong Emas Fizikal

Akaun Uncang Emas adalah disandarkan kepada emas fizikal, bukan sekadar emas di atas kertas semata-mata. Pelanggan boleh melihat terus baki jumlah gram emas yang ada sama Uncang Emas atau fizikal. Sekiranya baki gram emas yang diperuntukkan telah habis, secara automatik para pelanggan tidak boleh membuat pembelian lagi.

​

9) Penghantaran

Sekiranya pelanggan tidak dapat mengambil emas di pejabat KAB Gold, pihak syarikat sedia menghantar emas yang dibeli atau yang dikeluarkan dari akaun Uncang Emas KAB Gold menggunakan syarikat pengeposan. Dalam masa yang sama, KAB Gold juga menyediakan khidmat penghantaran menggunakan KAB Hantar, iaitu runner KAB Gold akan hantar emas kepada pelanggan.

​

10) Jaminan Beli Balik

KAB Gold memberi jaminan akan membeli balik semua emas yang dikeluarkan oleh syarikat dengan susut nilai yang rendah, iaitu antara 6%-9% sahaja.

​

11) Harga Yang Rendah

Harga emas yang dijual oleh KAB Gold adalah antara yang terendah.

​

12) Ejen Zakat PPZ (MAIWP)

KAB Gold adalah syarikat emas pertama yang menjadi ejen bagi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Para pelanggan KAB Gold atau sesiapa sahaja boleh membayar zakat melalui KAB Gold.

bottom of page