top of page

8 KELEBIHAN MENYIMPAN EMAS

Dalam tempoh 20 tahun terakhir, harga emas meningkat melebihi 600%. Emas adalah instrumen kewangan yang sangat sesuai untuk dijadikan sebagai simpanan jangka masa panjang sekurang-kurangnya 3 tahun dan ke atas. Antara kelebihan lain menyimpan emas adalah:

KALIS BOCOR

Duit simpanan lebih selamat dari kebocoran tunai akibat tabiat diri sendiri.

Emas adalah magnet kekayaan. Simpan emas lebih mudah mendidik diri kita untuk menyimpan sekaligus menambahkan kekayaan.

Emas adalah matawang sebenar yang turut dikenali sebagai matawang antarabangsa. Emas adalah alat kewangan yang diterima di seluruh dunia.

Emas tidak akan mengalami kejatuhan akibat inflasi. Malah, nilai emas akan terus meningkat sekiranya berlaku ketidakstabilan ekonomi, politik mahupun kesihatan.

MUDAH DITUNAIKAN

Emas mudah diwariskan jika pemiliknya meninggal dunia.

Emas mudah untuk ditukarkan kepada tunai jika pemiliknya memerlukan wang ketika kecemasan sama ada dengan menjual atau memajaknya.

Emas tidak berada dalam sistem kewangan. Hanya pemiliknya sahaja yang tahu nilai sebenar emas simpanannya.

Semua orang boleh memiliki emas termasuklah kanak-kanak ataupun orang muflis.

KAB GOLD

Pengerusi & CEO KAB Gold.jpg
Pengerusi KAB Gold ialah Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar. Beliau juga merupakan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Pengerusi Amanie Group (Global Islamic Finance Advisor) dan Ikon Syariah Antarabangsa. Ketua Pegawai Eksekutif KAB Gold ialah Khairul Anuar Basri merupakan pengasas rangkaian KAB.

KAB GOLD (KNOWLEDGE, ASSET, BULLION) KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Goldynamics Marketing Resources Sdn. Bhd) ditubuhkan pada 27 Julai 2017 dengan suatu visi dan misi yang sangat besar buat seluruh rakyat Malaysia. Para pelanggan kami bukan sahaja boleh membeli emas dan perak fizikal secara patuh Syariah di KAB Gold, tetapi mereka juga boleh menjadikan kami sebagai sebuah tempat untuk mereka bermuamalah dan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dan bukan perniagaan.
bottom of page